Flickr

;dnzf;asndgv

Wednesday, October 23, 2013

5 Makanan yang mencetuskan strok

Strok terjadi apabila salur darah di otak atau yang menuju ke otak pecah atau tersumbat menyebabkan sel otak kurang mendapat oksigen dan nutrien untuk berfungsi dengan normal.

Sejak kebelakangan ini strok atau penyakit angin ahmar merupakan salah satu penyakit yang semakin meningkat, termasuk di kalangan mereka yang masih muda. Memang tidak dinafikan, makanan sangat berkait rapat sebagai faktor penyebab kepada strok ini. Banyak kajian yang dijalankan oleh pakar juga telah membuktikannya. Oleh itu, kita perlulah tahu dan mempunyai kesedaran yang tinggi tentang jenis makanan seharian yang kita ambil dan kesannya terhadap kesihatan.

Menurut kajian, terdapat 5 kumpulan makanan yang menjadi penggalak atau pencetus kepada serangan strok, iaitu:


1. Makanan ringan seperti biskut, chips, dan makanan bakar yang lain (pastri, muffin, doughnut) yang berada dalam bentuk pepejal pada suhu bilik. Makanan ini mengandungi trans-lemak yang tinggi yang boleh menyumbat arteri. Kandungan lipid dan kolesterol jahat yang tinggi dalam darah meningkatkan risiko mendapat strok.

2. Daging salai atau daging diproses, seperti sausage, hotdog, daging salai, dsb. yang mana mengandungi garam yang tinggi dan sesetengahnya mengandungi bahan pengawet berbahaya. Garam (sodium nitrate atau nitrite) secara langsung boleh merosakkan saluran darah yang boleh menyebabkan arteri mengeras dan menjadi sempit. Selain strok, daging salai dan daging diproses ini juga dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit arteri koronari, diabetes dan kanser.

3. Soda diet juga boleh meningkatkan risiko mendapat strok sebanyak 48%, serangan sakit jantung dan penyakit arteri koronari.

4. Daging merah, jika diambil terlalu kerap akan meningkatkan risiko mendapat strok sebanyak 42% kerana kandungan lemak tepu yang tinggi, yang secara perlahan-perlahan akan mengumpulkan plak protein dalam darah yang boleh menyumbat arteri. Daging merah juga dikaitkan dengan serangan sakit jantung, jika dimakan terlalu banyak. Oleh itu, banyakkanlah makan daging putih seperti daging ayam dan ikan atau kacang-kacangan termasuk kacang soya (tempe, tauhu, dsb).

5. Makanan dalam tin dan makanan sejukbeku di pasaran yang selalunya ditambah banyak garam yang boleh secara langsung menyebabkan risiko mendapat strok. Ini kerana kandungan sodium (garam) yang tersembunyi dalam makanan ini adalah tinggi, kadang-kadang tanpa disedari. Ini akan meninggikan tekanan darah yang menjadi faktor utama kepada strok. Jika hendak selamat eloklah buat makanan yang disejukbeku sendiri kerana jumlah garam yang dimasukkan dalam makanan ini dapat dikawal.
Amalkanlah pemakanan yang sihat dan seimbang, jauhi pemakanan yang sudah dikenalpasti mendatangkan mudharat.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes